Tajuk untuk entri terbaru ini agak pelik sedikit.
Di dalam kesibukan sesetengah di antara kita yang sibuk untuk meraikan hari kekasih sehingga sampai tersalah kekasih.
Sebagaimana semua sedia maklum perayaan Hari Kekasih a.k.a Valentine Day adalah haram hukumnya disambut oleh umat Islam. Namun begitu masih ada segelintir yang menyambutnya.
Di manakah silapnya dan di mana kurangnya mengenai penerangan mengenai hukum umat Islam menyambut Valentine Day?
Tepuk dada tanya iman...
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
sumber: Fatwa Malaysia
Berbalik kepada tajuk asal entri ini, ianya bukan merujuk kepada itik dan ayam seperti di dalam gambar di atas. Ianya tepat sekali merujuk kepada mahluk bernama manusia. Di sini saya ingin berkongsikan satu nukilan daripada penghantar mesej bersempena dengan hari kekasih ini.
Untuk renungan kita bersama;
Bila gembira cari kekasih,
Bila sedih cari ibu,
Bila berjaya cerita dekat kekasih,
Bila gagal cerita dekat ibu,
Bila bahagia peluk erat kekasih,
Bila sedih peluk erat ibu,
Sibuk macam mana pun ingat kekasih,
Tapi, tidak langsung ingat pada ibu,
Bila sambut Valentine Day,
beria-ia nak bagi hadiah pada kekasih,
Bila hari ibu,
cuma ucapkan Hari Ibu sahaja,
Tapi ibu selalu ingat pada anaknya,
Bila telefon kekasih boleh,
Tapi entah bila boleh telefon ibu,
Selalu belikan hadiah untuk kekasih,
Tapi bila nak belikan hadiah untuk ibu,
Tapi bila ibu sudah tiada,
Rindu ibu, rindu sangat,
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?
Berapa ramai yang sanggup berhenti bekerja untuk menjaga ibunya
Bila ibu sudah tidak berdaya,
Dan
Berapa ramai yang sanggup sembahyang jenazah untuk ibunya?
-Renung-renungkan dan selamat beramal-

0 comments:
Post a Comment